Oleh Muhamad nur | 30/04/2016

Quran 2

Dari Surah al-Baqarah ayat 150,

Maksudnya:

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mendirikan solat) maka hadapkan mukamu kearah Masjidil Haram (Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkan muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu) kecuali orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasannya)." Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).