Oleh Muhamad nur | 30/04/2016

Hadith 1

 Daripada Anas bin Malik r.a., maksudnya:

 

“Bahawasanya Rasullullah s.a.w ( pada suatu hari ) sedang mendirikan solat dengan menghadap ke Baitul Maqdis. Kemudian turunlah ayat Al-Quran: " Sesungguhnya kami selalu melihat mukamu menengadah ke langit ( berdoa mengadap kelangit). Maka turunlah wahyu memerintahkan Baginda mengadap ke Baitullah ( Kaabah ). Sesungguhnya kamu palingkanlah mukamu ke qiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Kemudian seorang lelaki Bani Salamah lalu, ketika itu orang ramai sedang ruku' pada rakaat kedua solat fajar. Beliau menyeru, sesungguhnya qiblat telah berubah. Lalu mereka berpaling ke arah qiblat".

 

  (Diriwayatkan oleh Muslim)