MyKiblat

Dasar Privasi

Privasi

Aplikasi MyKiblat adalah aplikasi saintifik yang dibangunkan untuk mengira waktu solat, waktu lintasan dan menentukan kiblat. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Huawei App Gallery, dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan mengira waktu solat, waktu lintasan dan menentukan kiblat.. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

Maklumat Yang Dikumpul

1. Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke Laman Web Sistem Pengurusan Maklumat Astronomi (AIMS).

2. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:
a. Nama Pengguna
b. Negeri
c. Jabatan
d. Emel
e. Nombor Telefon

3. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

4. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

Kerahsiaan

Data peribadi yang dikumpul oleh aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

Perubahan Kepada Dasar Privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada gravity.falak@jupem.gov.my




PRIVACY

The MyKiblat application (hereinafter referred to as the "Application"), is an application developed for the public (hereinafter referred to as "Users") to calculate prayer times and determine Qibla. The application can be downloaded on Google Play Store, Apple App Store and Huawei Gallery. The Government ensures that the personal information collected is in line with the provisions of the Personal Data Protection Act 2010 (Act 709).

PERSONAL INFORMATION

This application will not record the user's personal data except with permission and given voluntarily by the user. The only information provided (location) by the user is used for the purpose of calculating prayer times and determining Qibla based on user’s location.

INFORMATION DISPLAYED

1. This application only displays existing records from the Astronomy Information Management System (AIMS) website.

2. The data displayed is as follows:
a. Name
b. State
c. Department
d. Email
e. Telephone Number

3. The data displayed will not be used for any purposes other than those mentioned above.

EFFECTS IF PERSONAL DATA IS NOT AUTHORIZED

If the data (location) is not provided, accuracy of the information displayed by the Application may be affected.

CONFIDENTIALITY

The data displayed by the Application will be stored in accordance with this Privacy Policy in accordance with any applicable laws that may be in force from time to time.

DATA SECURITY

The application implements security features that comply with global standards to protect the confidentiality and security of user information.

CHANGES TO PRIVACY POLICY

If this privacy policy is amended, the amendment will be updated on this page. For other inquiries, please email gravity.falak@jupem.gov.my